Thursday, October 2, 2014

KPAKK MENJADI PILIHAN

sudah lama ku berdiam diri , kini ku kembali untuk share kisahku . wahh !! dengar macam seronok ja kan . apa-apa saja lah . tetapi bagi saya amatlah seronok . . siapa tak seronok kalau dapat sambung belajar right ?? hanya tuhan saja yang tahu bertapa happynya saya huhuhu


ehh apa tu ??? 
haa mari eyra ceritakan kisahnya hihik nampak tak seriusnya nak bercerita . . inilah kolej PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK . . kolej ini sudah menjadi pilihan hati , soo sweet kan huhu eyra menjadi student KPAKK pada tarikh 2/9/2014 . . eyra seorang student baru . . first eyra jejak di KPAKK eyra sangat teruja . . tempat belajar dia sangat selesa dan banyak kemudahan . biliknya macam hotel . . siapa sangka seorang student dapat belajar di tempat yang selesa dan mudah untuk belajar .sorry eyra tak sediakan gambar bilik hihik 

hemmm panjang lebar eyra cerita tahu ka KPAKK ni terletak dekat mana ?? huhuhu syok bercerita sehinggakan lupa untuk berikan lokasi KPAKK . okay eyra bagi tau . . lokasi KPAKK terletak di bukit merah . . KPAKK ada di damansara dan baru dibuka di sini :) 

tidak dapat eyra gambarkan bertapa selesanya belajar di KPAKK bukit merah . tetapi belajar tetap belajar jugak kan . . jangan fikir seronok ja . huhu ibu kita pesan "belajar rajin-rajin". . bak kata perpatah " di mana ada kemahuan di situ ada jalan " . jika kita ingin sesuatu berusahalah untuk mendapatkannya . .
sampai disini saja kisahnya . ada cerita baru nanti kita kongsikan lagi . . salam dari saya "rara"

Sunday, May 25, 2014

BEKAS STUDENT

assalamualaikum . . 


mulanya aku disini ingin memperkenalkan diri aku , nama aku nur syahirah . aku bekas pelajar SMK SG KOB . sekolah yang telah banyak mendidik aku sehingga aku menjadi seperti sekarang . aku baru ingin menjinak-jinak dalam bidang blogger . sebelum ini aku hanya melihat orang yang menjadi ratu blogger *huhu* now aku pulak ingin berkongsi duniaku kisahku dalam blog ini . 
Aku tamat persekolahan pada tahun 2013 . aku telah pelajari pelbagai perkara semasa aku menjadi seorang pelajar sekolah . kata seorang guru kepadaku *jadilah yang terbaik untuk setiap hari , dan jadilah yang terbaik kepada semua orang* terima kasih cikgu kata-kata cikgu masih aku ingati . hidup sebagai seorang pelajar sekolah sangat seronok , boleh belajar bersama-sama , tetapi bila tamatnya diri ini sebagai seorang student sekolah , bertapa sedihnya kerana suasana riuh-rendah bersama rakan-rakan itu semua dah hilang . zaman sekarang kita dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti *whatsapp,wechat,telegram,facebook,instagram,beetalk dan sebagainya* tetapi kemudahan seperti ini belum cukup untuk meluahkan segala-galanya pada rakan kita , tetapi cukup untuk bertanya khabar dan sebagainya .

sekarang mulanya aku ingin mencari pekerjaan untuk menampung diri aku belajar di kolej . sesungguhnya allah saja yang tahu bertapa susahnya nak mencari pekerjaan . aku meminta kerja di semua tempat , cmart , giant , kilang , dan bermacam-macam pekerjaan aku minta . tetapi aku percaya waktu ini belum tiba lagi rezeki aku untuk menjadi seorang pekerja . hanya allah saja yang menentukan segala-galanya . pada tarikh 22/5/14 aku meminta kerja di kilang celestica sebagai operator . dua kali aku minta kerja di kilang ni , tetapi dengan rezeki allah kali ke2 aku minta , aku telah berjaya untuk menjadi seorang pekerja , walaupun sebagai seorang operator tetapi alhamdulillah sebelum aku sambung belajar aku ada duit untuk sara diri aku di sana nanti . aku akan mulakan pekerjaan aku pada 26/5/2014 . terima kasih kepada ibu bapaku yang telah memberi semangat ada diri ini tanpa mereka aku bukan disini .

yakinlah allah sentiasa bersama umatnya