Sunday, May 25, 2014

BEKAS STUDENT

assalamualaikum . . 


mulanya aku disini ingin memperkenalkan diri aku , nama aku nur syahirah . aku bekas pelajar SMK SG KOB . sekolah yang telah banyak mendidik aku sehingga aku menjadi seperti sekarang . aku baru ingin menjinak-jinak dalam bidang blogger . sebelum ini aku hanya melihat orang yang menjadi ratu blogger *huhu* now aku pulak ingin berkongsi duniaku kisahku dalam blog ini . 
Aku tamat persekolahan pada tahun 2013 . aku telah pelajari pelbagai perkara semasa aku menjadi seorang pelajar sekolah . kata seorang guru kepadaku *jadilah yang terbaik untuk setiap hari , dan jadilah yang terbaik kepada semua orang* terima kasih cikgu kata-kata cikgu masih aku ingati . hidup sebagai seorang pelajar sekolah sangat seronok , boleh belajar bersama-sama , tetapi bila tamatnya diri ini sebagai seorang student sekolah , bertapa sedihnya kerana suasana riuh-rendah bersama rakan-rakan itu semua dah hilang . zaman sekarang kita dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti *whatsapp,wechat,telegram,facebook,instagram,beetalk dan sebagainya* tetapi kemudahan seperti ini belum cukup untuk meluahkan segala-galanya pada rakan kita , tetapi cukup untuk bertanya khabar dan sebagainya .

sekarang mulanya aku ingin mencari pekerjaan untuk menampung diri aku belajar di kolej . sesungguhnya allah saja yang tahu bertapa susahnya nak mencari pekerjaan . aku meminta kerja di semua tempat , cmart , giant , kilang , dan bermacam-macam pekerjaan aku minta . tetapi aku percaya waktu ini belum tiba lagi rezeki aku untuk menjadi seorang pekerja . hanya allah saja yang menentukan segala-galanya . pada tarikh 22/5/14 aku meminta kerja di kilang celestica sebagai operator . dua kali aku minta kerja di kilang ni , tetapi dengan rezeki allah kali ke2 aku minta , aku telah berjaya untuk menjadi seorang pekerja , walaupun sebagai seorang operator tetapi alhamdulillah sebelum aku sambung belajar aku ada duit untuk sara diri aku di sana nanti . aku akan mulakan pekerjaan aku pada 26/5/2014 . terima kasih kepada ibu bapaku yang telah memberi semangat ada diri ini tanpa mereka aku bukan disini .

yakinlah allah sentiasa bersama umatnya